Sunday, September 22, 2013
KOLOKIUM 2013..
Assalamualaikum... lama dah x bukak blog.. minggu lepas memang minggu yang memenatkan bagi saya sebab banyak aktiviti dan tugasan yang perlu di laksanakan.. namun, kepenatan tersebut terbayar dengan keseronokan yang tiada nilainya.. semalam, 22 september 2013, Kolokium yang dianjurkan oleh ipgk pm dgn kerjasama jpp ipgk yang lain, berjalan dengan jayanya.. terdapat banyak ilmu yang bermanfaat dapat diperolehi dari kolokium terutamanya bagi mahasiswa pendidik seperti kami.. Kenikmatan terasa sewaktu kami bersama2 menyanyikan lagu rasmi IPG dibawah bumbung yang sama, yang memberi satu rasa.. yang membuatkan kami lebih bersatu dan kukuh.. walaupun banyak halangan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh pelajar IPG masa kini, namun kami akan bersatu dan menghadapinya bersama2.. ibarat batu yang menghentikan aliran sungai, namun jika aliran tersebut tidak henti2 menolak batu tersebut.. akhirnya batu itu akan tumbang jua dan air sungai akan terus mengalir... semoga mendapat manfaat dari kolokium.. sayang kawan2 IPG sekalian :)
Friday, September 13, 2013
ISU PENEMPATAN IPG
1) Maklumat berkenaan “Isu Pempatan Mahasiswa IPG”
- Pihak IPGM menasihatkan semua mahasiswa pendidik IPGM agar berada keadaan bertenang setelah kenyataan ini dikeluarkan ke media.
- Semua telah sedia maklum bahawa mahasiswa pendidik IPGM tidak pernah diberi jaminan penempatan (rujuk surat perjanjian) namun dua kohort sudah berjaya ditempatkan secara keseluruhan.
- Beri ruang selama dua hingga tiga bulan kepada pihak IPGM untuk berunding dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi isu-isu berbangkit yang dilaporkan ke IPGM.
- IPGM menyarankan supaya mahasiswa pendidik IPG seluruh Malaysia menggunakan pendekatan yang lebih intelektual dalam mempengaruhi isu ini dengan mengelakkan persepsi dan spekulasi yang negatif dan fakta yang tidak betul kerana boleh mengganggu proses perundingan IPGM dengan KPM.
- IPGM mencadangkan kepada mahasiswa pendidik ipgm supaya menunjukkan kecemerlangan dari segi kualiti semasa seperti praktikum, bina insan guru (BIG) dan menilai sendiri sejauh mana keberkesanan kurikulum IPG dalam membentuk jiwa guru.
- Jangan memberi walau sedikit ruang dan peluang kepada pihak lain untuk memburukkan dan menjatuhkan imej IPG.
- Jangan terpengaruh dengan mana-mana unsur yang ingin mencetuskan provokasi.
- Majlis Mesyuarat Guru-Guru Besar juga banyak memberi berita baik tentang pelajar guru keluaran IPG di sekolah mereka.
- Mahasiswa IPGM sendiri harus membuktikan kepada KPM bahawa keluaran IPG adalah yang terbaik dalam bidang perguruan.
- Isu ini juga telah menyedarkan kita bahawa mahasiswa pendidik ipgm bukan lagi berada di zon yang selesa kerana ramai pihak yang memerhati dari luar IPG.
- Penempatan mahasiswa pendidik IPGM adalah diuruskan oleh IPG induk dan dipohon secara kelompok. Berbeza dengan calon IPT yg perlu memohon sendiri secara individu dan kelompok kecil sahaja. Calon IPG akan ke sekolah rendah dan calon Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan ke sekolah menengah dengan mengikut keperluan. Persaingan antara institusi tidak akan berlaku. Sebarang permasalahan berkenaan isu posting boleh dirujuk ke IPGM. U/p: bilangan sekolah rendah lebih banyak berbanding sekolah menengah.
2) Pendirian IPGM Berkenaan Isu Penempatan
- Pihak IPGM menyokong hasrat YBhg. Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II untuk mendapatkan guru yang berkualiti untuk kebaikan negara.
- Namun, bukan mudah nak laksanakan dasar dalam masa yang terdekat. Mengambil masa bertahun untuk merancang pelan tindakan. Walau bagaimanapun, pihak IPGM telah memulakan langkah awal dengan melaksanakan secara berfasa apabila mengambil pelajar cemerlang spm sebanyak 30% bagi ambilan terbaru 2013. Rujuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
- IPGM mengharapkan isu ini sebagai satu cabaran. Ambil isu “sistem terbuka” sebagai batu loncatan dan peluang untuk membaiki dan memperkembangkan kecemerlangan mahasiswa pendidik IPGM.
3) Tindakan Guru Pelatih IPGM
- Menyahut cabaran daripada Menteri Pendidikan II dengan membuktikan mahasiswa pendidik IPGM adalah yang terbaik dalam melahirkan guru yang berkualiti.
- Memperjelaskan ciri guru 'berkualiti' dan mengetengahkan kualiti mahasiswa pendidik IPGM.
- Membuktikan kepada masyarakat bahawa ipgm sebuah institusi dimana melahirkan guru–guru yang berkualiti selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) melalui pelbagai cara dan pendekatan yang positif.
- Gunakan aplikasi media elektronik dan media massa untuk meyakinkan masyarakat bahawa IPG adalah institusi yang terbaik dalam melahirkan guru yang berkualiti.
- Dapatkan testimoni daripada guru-guru besar di sekolah dan hantarkan kepada pihak IPGM supaya pihak IPGM dapat membuktikan kepada KPM bahawa keluaran IPG sememangnya berkualiti tinggi.
Thursday, September 12, 2013
Sedikit Coretan, Pentingnya Sejarah~
Sejarah sangat penting dalam kehidupan, kerana tanpa sejarah kita tidak dapat mengetahui apa yang telah berlaku pada masa lalu.. Oleh itu adalah penting untuk mempelajari sejarah.. Sejarah bersifat infiniti iaitu semua yang berkaitan kehidupan mempunyai sejarah.. Dalam konteks kenegaraan pula, kepentingan mempelajari sejarah adalah perlu bagi memupuk perpaduan kaum dan memupuk semanagat patriotisme dalam diri warganegara.. ini boleh mengelakkan perpecahan dalam kalangan kaum spt peristiwa hitam yang pernah berlaku di negara kita iaitu peristiwa 13 Mei 1969.. Peristiwa ini telah menyebabkan pertumpahan darah dan banyak nyawa yang terkorban.. Oleh itu, peranan sejarah amatlah penting demi keamanan sesebuah negara.. Dalam konteks individu, seseorang itu dapat meningkatkan kelemahan dirinya dengan mempelajari sejarah atau peristiwa yang telah dilaluinya.. Olhe itu, ia dapat membantu memajukan dan meningkatkan prestasi diri..
Ciri-ciri seorang Guru
- Seorang guru yang baik adalah seorang guru yang menjadi seorang pendidik.
- Yang mendidik murid-muridnya menghargai masa depannya.
- Seorang guru yang baik akan senantiasa memberikan motivasi kepada muridnya, jika mood muridnya sedang down.
- Seorang guru yang baik, harus tahu karakter dari tiap muridnya, agar dapat melakukan pendekatan yang berbeda dari setiap murid.
- Seorang guru yang baik, bukanlah yang memberikan hukuman yang berat apabila muridnya melakukan kesalahan yang berat, tapi membantu mencarikan jalan keluar yang baik buat muridnya.
- Seorang guru yang baik, akan terus dikenang oleh muridnya sampai kapanpun juga. Karena ada andil seorang guru dalam kesuksesan muridnya. Dan, seorang murid yang baik tidak akan pernah melupakan jerih payah gurunya dalam mendidik dirinya.
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)
